Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti, dengan itu kami berjanji untuk:

  1. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab serta profesional.
  2. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari sama pelajar mendaftar.
  3. Menguruskan elaun / pinjaman pelajar dalam tempoh 14 hari.
  4. Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar kami.
  5. Memastikan layanan di kaunter perkhidmatan pelanggan kami berkualiti dan masa menunggu yang singkat.
  6. Penyerahan sijil kursus pendek akan dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari berkerja.